Sunday 2 October 2011

Imbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan baru yang berlainan makna dan fungsinya.Imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar untuk membentuk makna perkataan yang berubah secara keseluruhan.Imbuhan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada :

  a- Imbuhan Awalan
  b- Imbuhan Akhiran
  c- Imbuhan Apitan
  d- Imbuhan Sisipan

Imbuhan mempunyai tiga fungsi iaitu:
  1-Membentuk kata terbitan
  2-Mengubah golongan kata
  3-Mencipta perkataan baru

Imbuhan Awalan
Imbuhan Awalan terdiri daripada :

1. Imbuhan Awalan beR-
2. Imbuhan Awalan meN-
3. Imbuhan Awalan se-
4. Imbuhan Awalan peN-
5. Imbuhan Awalan ke-
6. Imbuhan Awalan di-
7. Imbuhan Awalan ter

Imbuhan Awalan beR-

Imbuhan awalan beR- akan bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja tak transitif sama ada yang berpelengkap atau tidak berpelengkap.Awalan beR- terdapat dalam tiga bentuk iaitu be-,bel-, dan ber-.

Awalan be-
Huruf Awal :               

Perkataan ' kerja ' dan huruf yang bermula dengan huruf ' R '    

Contoh Perkataan  :   
kerja       - bekerja

rendam   - berendam

Awalan beR-        
Huruf Awal :              
Semua huruf kecuali huruf  ' r ', perkataan  ' ajar ' dan ' kerja'
Contoh Perkataan  :    
dayung     -  berdayung
nyanyi      -  bernyanyi

Awalan bel-
Huruf Awal :             
Perkataan ' ajar ' sahaja.
Contoh Perkataan:     
ajar  -  belajar

No comments:

Post a Comment