Saturday 4 July 2015

PENJODOH BILANGAN



Penjodoh bilangan diletakkan selepas kata bilangan dan sebelum kata nama

Penjodoh Bilangan
Kegunaan
Contoh
angkatan
Benda yang berkumpulan
askar,polis
batang
Benda yang lurus,panjang
Pokok,sungai
bentuk
Benda kecil yang bentuknya berkeluk
Mata kail,subang
Cubit
benda yang diambil menggunakan hujung jari
garam.gula
cucuk
Benda yang dicucuk dengan lidi
Sate, buah-buahan
deret
Benda yang tersusun, bersambung atau dalam barisan
Rumah, bangunan
ekor
Untuk binatang
Kucing, kambing
gelung
Benda panjang yang berlingkar dan bergelung
dawai, tali
gemal
Benda yang dicekak
Anak padi, serai
helai
Benda yang nipis, lembut, lebar
Baju,kertas
hiris
Benda yang dipotong kecil dan kecil
Timun, bawang
ikat
benda yang diikat
sayur
jambak
Satu ikatan/ karangan benda berangkai
Kunci, bunga
kaki
Benda yang bertangkai atau berkaki
Payung, cendawan
kepal
Benda yang boleh dikepal atau disukat dengan genggaman
Nasi,pulut

No comments:

Post a Comment