Labels
- CONTOH JAWAPAN NILAI MURNI (1)
- Contoh-contoh Karangan (2)
- imbuhan (1)
- INFO BAHASA (1)
- Lagu untuk Cikgu (1)
- Rencamnya Budaya Kita (2)
- Resepi (1)
- SOALAN LATIHAN (1)
- Video Pengajaran (2)
Wednesday, 1 July 2015
LATIHAN 1
Bubuh imbuhan meN- pada perkataan yang betul. Tulis ayat yang betul semula.
1. Sekumpulan murid lawat ke rumah anak-anak yatim.
--------------------------------------------------------------------
2. Lelaki itu dijatuhi hukuman penjara kerana tikam rakan sekerjanya.
--------------------------------------------------------------------
3. Syarikat Zarina berjaya kaut keuntungan berlipat kali ganda.
---------------------------------------------------------------------
4. Pak Cik Salim ketam papan di hadapan rumahnya.
---------------------------------------------------------------------
5. Zainab bilas pakaian yang telah dicucinya.
--------------------------------------------------------------------
6. Mak Cik Rokiah ayak tepung untuk buat kek.
---------------------------------------------------------------------
.
7 Idrus dan kawan-kawannya tikus apabila dimarahi oleh guru mereka.
---------------------------------------------------------------------
8. Noraini brek keretanya secara tiba-tiba untuk mengelakkan kemalangan.
-------------------------------------------------------------------------
9. Nenek Niza halau lembu-lembu yang masuk ke kebun sayurnya.
--------------------------------------------------------------------------
10. Beberapa orang pengunjung terkejut apabila terdengar bunyi singa ngaum.
--------------------------------------------------------------------------
LATIHAN 2
1. Perahu kecil itu ____________ apabila dihempas ombak yang besar itu.
A. berulang-alik C. berbolak-balik
B. berkisar-kisar D. berguling-guling
2. Penduduk di kampung lari ____________ apabila mendengar bunyi letupan
yang kuat itu.
A. bertaburan C. berkeliaran
B. berserakan D. bertempiaran
3. Kata-kata Mak Joyah yang ___________ itu tidak disukai oleh penduduk
kampung.
A. lancar C. lancang
B. lantang D. langsung
4. Hobi yang berfaedah ____________ membaca buku dan bersukan perlu
diamalkan pada masa lapang.
A. seperti C. laksana
B. macam D. umpama
5. Halimah sempat menanak nasi ___________ menunggu ibu dan ayahnya pulang
dari pejabat.
A. setelah C. sebelum
B. sejenak D. sementara
6. Beberapa orang penumpang sedang berada di dalam ______________sementara
menunggu kebenaran untuk memasuki kapal terbang.
A. balai berlepas C. balai perlepasan
B. balai kelepasan D. balai melepaskan
7. " ___________ naik ke rumah saya.Jangan malu-malu , " kata ibu kepada
rakan-rakannya.
A. Haraplah C. Tolonglah
B. Mintalah D. Jemputlah
8. Kemalangan itu berpunca _______________ sikap penunggang motosikal yang
suka berlumba mengabaikan peraturan - peraturan jalan raya.
A. dari C. kepada
B. pada D. daripada
9. Kerajaan menasihati para ______________ di universiti itu agar tidak terlalu
memilih pekerjaan apabila mereka menamatkan pengajian kelak.
A. pelatih C. siswazah
B. pelajar D. mahasiswa
10.Cikgu Leman dipilih secara ________________ untuk menjadi hakim dalam
pertandingan itu.
A. bidan terjun C. serkap jarang
B. membuta tuli D. membabi buta
LATIHAN 3
Perkataan Seerti
1. Dia menyikat rambutnya dengan rapi sebelum ke sekolah.
Pilih perkataan seerti bagi rapi.
A. lurus C. jarang
B. kemas D. kerinting
2. Suara burung itu sungguh lunak sehingga terpesona sesiapa mendengarnya.
Pilih perkataan seerti bagi lunak.
A. serak C. merdu
B. lancar D. gemersik
3. Jualan akhir tahun pasaraya itu sungguh laris.
Pilih perkataan seerti bagi laris.
A. laku C. beres
B. habis D. sesak
4. Encik Mahadi menyangkal berita yang mengatakan bahawa dia
akan ditukarkan ke tempat lain.
Pilih perkataan seerti bagi menyangkal.
A. menafi C. menerima
B. mengakui D. menentang
5. Datuk sedang menyisik buluh untuk membuat rangka
layang-layang.
Pilih perkataan seerti bagi menyisik.
A. meraut C. mengikis
B. merincih D. membelah
6. Kita hendaklah mencegah penyakit ini daripada merebak.
Pilih perkataan seerti bagi mencegah.
A. melawan C. menyuruh
B. mengawal D. menghalang
7. Pak Ngah menyalakan obor untuk menerangi halaman rumahnya.
Pilih perkataan seerti bagi obor.
A. lilin C. lampu
B. pelita D. jamung
8. Kita haruslah menghormati jasa ibu bapa dan guru.
Pilih perkataan seerti bagi menghormati.
A. menuruti C. menjejaki
B. mematuhi D. menghargai
9. Petani itu memancak kayu untuk dijadikan pagar.
Pilih perkataan seerti bagi memancak.
A. mengatur C. membelah
B. menanam D. memancang
10. Para tetamu beransur pulang setelah majlis penyampaian hadiah selesai.
Pilih perkataan seerti bagi pulang.
A. bangun C. balik
B. datang D. hadir
LATIHAN 4
Pilih kata berlawan untuk kata yang bergaris.
1. Ramai pengunjung mandi-manda apabila air laut mulai pasang.
Pilih kata berlawan bagi pasang.
A. cetek C. susut
B. surut D. tinggi
2. Hamid sedang menolak sebuah kotak untuk diletakkan di penjuru biliknya.
Pilih kata berlawan bagi menolak.
A. menarik C. mengheret
B. menyeret D. menghambur
3. Maznah telah pengsan ketika perhimpunan kerana tidak mengambil sarapan.
Pilih kata berlawan bagi pengsan.
A. sedar C. cergas
B. pitam D. bangkit
4. Wajah pengantin perempuan yang jelita telah menarik perhatian para tetamu
yang hadir.
Pilih kata berlawan bagi jelita.
A. cacat C. hodoh
B. teruk D. anggun
5. Ibu selalu berpesan kepada kami agar tidak boros ketika berbelanja.
Pilih kata berlawan bagi boros.
A. jimat C. waspada
B. tekun D. berhati-hati
6. Gajah itu menjadi ganas kerana habitatnya telah dimusnahkan.
Pilih kata berlawan bagi ganas.
A. baik C. manja
B. jinak D. lembut
7. Pak Mat menggali lubang untuk menanam anak pokok pisang.
Pilih kata berlawan bagi menggali.
A. mengisi C. menurap
B. menutup D. mengambus
8. Suasana di pasar itu agak bising dengan suara para penjual
dan pembeli saling tawar-menawar harga.
Pilih kata berlawan bagi bising.
A. diam C. lapang
B. sunyi D. lengang
9. Badan budak lelaki agak kurus kerana dia tidak selera untuk makan.
Pilih kata berlawan bagi kurus.
A. besar C. montel
B. gemuk D. kembang
10.Bahagian belakang kedai itu sangat kotor dengan sampah yang dibiarkan
bertaburan.
Pilih kata berlawan bagi bertaburan.
A. rapi C. cantik
B. bersih D. terkumpul
LATIHAN 5
Kata Hubung
Gariskan kata hubung yang sesuai
1. Azli telah berkunjung ke rumah datuk ( dan,atau ) neneknya.
2. Hani tidak akan keluar bermain ( supaya,selagi ) kerja sekolahnya belum selesai.
3. Hadie masih bersedih ( sehingga, kendatipun ) dia telah mendapat kebenaran
daripada ayahnya untuk menyertai lawatan ke Melaka.
4. Datuk mengambil seberkas penyapu lidi ( lalu, sambil ) menyapu sampah
di halaman rumah.
5. Pemakaian tali pinggang keledar penting ( kerana, malahan )berupaya melindungi
kita daripada tercedera.
6. Semua murid kelas 6 Ibnu Sina menyertai perkhemahan pada minggu lepas
( tetapi, kecuali ) Kamarul.
7. Kawan-kawannya tidak mengetahui sebab Faiz tidak mahu bermain
( walaupun, padahal ) itulah permainan yang digemarinya.
8. Para pengunjung m,embeli tiket ( semasa, sebelum ) memasuki taman tema air.
9. Saya berharap ( agar, bahawa ) penyakit nenek cepat sembuh.
10. Dia terkejut ( apabila, selagi ) namanya dipanggil oleh guru disiplin.
11. Fariz telah menyaksikan persembahan dikir barat ( sementara, setelah )
ibu dan bapanya memberi keizinan.
12. Dia minum ubat itu mengikut arahan doktor ( untuk,supaya ) lekas sembuh.
13. Cikgu Rosli bukan sahaja tegas ( malahan, padahal ) beliau juga
seorang yang berdedikasi.
14. Kakak suka menjahit ( sambil, dan ) memasak tetapi tidak suka mengemas rumah.
15. Adik tekun melukis pemandangan di tepi laut ( sehingga, agar ) siap.
16. Ibu sering menangis ( semenjak, kerana ) adik meninggal dunia.
17. Saya akan menemani adik ke kedai ( jika, selagi )a saya tidak penat.
18. Nadhirah berbual-bual dengan gurunya ( sambil, sementara ) menunggu
ibunya datang.
Kata Hubung
1. Hafiz dalam mendapat keputusan cemerlang UPSR _________________
dia rajin mengulang kaji pelajaran.
2. Azli tertarik oleh kecantikan bunga yang diperbuat ______________ pinang
muda.
3. Nenek Azman masih menganyam tikar daripada daun mengkuang
__________ menambahkan pendapatannya ____________ ditegah
oleh anak-anaknya.
4. "__________ membazir wang membeli barang-barang yang tidak berfaedah,
___________kamu menabung untuk masa depan", kata ibu kepada abang.
5. Kereta yang dipandu dengan laju itu terbabas ke tepi jalan____________
menjunam ke dalam gaung.
6. " _________ sedap __________ tidak kek coklat yang saya buat ini",
kata Adila kepada Syamimi.
7. Pemuda itu hanya membisu ___________ ditanya oleh pelancong
asing ________ dia tidak fasih berbahasa Inggeris.
8. Kafer siber itu dibuka dari jam 8.00 pagi ___________ 11.00 malam _________
pada hari Jumaat.
9. Bulu kucing kesayangan Damia itu sungguh lebat _______ panjang.
10. Badannya berasa segar __________ mandi air perigi di rumah datuknya.
11. Rashan menggelabah seketika __________ mendapati tiket kapal
terbang ke Jepun tiada di dalam poket seluarnya.
12.Kamu ___________ belajar bersungguh-sungguh ___________
berjaya dengan cemerlang.
13.Sasterawan itu tidak akan berhenti berkarya ___________ telah
berusia _______ hasil tulisannya sudah tidak diterima oleh pembaca.
14.Orang ramai mula mengunjungi kedai makan itu _________ menunya
disesuaikan dengan citarasa tempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment