Thursday 8 December 2011

Pantun Melayu

PANTUN


Pantun ialah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun nilai-nilai moral dan sosialnya. Akalbudi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah kebijaksanaan dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam.

Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun empat kerat sehingga ke pantun berkait. Genre ini menduduki tempat yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam percintaan, upacara peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adapt. Pendeknya setiap tahap kehidupan manusia Melayu, yakni dari dalam buaian hingga ke alam percintaan dan hari-hari tua, dibantu dan dihiasi oleh pantun.


Pantun merupakan sastera lisan yang lahir dan berkembang dalam kalangan masyarakat yang akrab dengan alam, dan diwarisi dari generasi ke genarasi . Apabila muncul teknologi percetakan pada akhir abad ke-19, koleksi pantun telah diterbitkan dalam pelbagai dialek Melayu, seperti Betawi, Minangkabau, Peranakan Jakarta dan Melaka, dan bahasa-bahasa seperti Ambon dan Acheh. Kini terdapat kira-kira seratus buah manuskrip pantun yang dikumpulkan di perpustakaan seperti di Jakarta, Leiden, Paris, London, dan Berlin. Kebanyakan pantun tersebut dikutip pada akhir abdan dimuatkan dalam pelbagai koleksi oleh sarjana dari England, Belanda, dan Jerman.

Dapat disebutkan bahawa pantun ialah genre yang tersebar luas dan hampir sarwajagat. Di Alam Melayu, bentuk ini hidup subur dalam sekitar 30 bahasa dan dalam 35 dialek Melayu. Orang-orang Melayu diaspora pula telah membawanya hingga ke Sri Langka, Kepulauan Cocos, Surinam, dan Belanda. Kehadiran pantun di Eropah dan Amerika telah menarik perhatian penyair-penyair hingga menyebabkan timbulnya genre pantoum dalam kesusasteraan Barat mulai abad ke-19.

Kini pantun telah berjaya menambat imaginasi dan kesarjanaan pengkaji di dalam dan di luar bidang sastera, di Alam Melayu dan juga di luarnya. Pantun terus diajar dan diselidiki di pusat-pusat Pengajian Melayu; seminar dan bengkel tentangnya juga terus diadakan.


Laman web ini disedia dan diselenggarakan oleh :
Sekretariat Pantun Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. http://pantun.usm.my
Kegiatan Sekretariat ini dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka



Pantun Melayu

View more presentations from loloqz

Peribahasa




BIDALAN ~ IBARAT ~ KIASAN ~ PEPATAH ~ PERBILANGAN ~ PERUMPAMAAN ~ SIMPULAN BAHASA ~ TAMSIL ~ UNGKAPAN SEMASA


Peribahasa adalah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu seperti bidal, pepatah, dan sebagainya.


Kepentingan


Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran.
Pada hemat saya, dengan menggunakan peribahasa banyak teguran, nasihat, dan sindiran dapat disampaikan tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati pada orang lain.
Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaannya. Lantas, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang. Seringkali perkara yang diumpamakan itu berkaitan secara langsung dengan anggota masyarakat dan alam sekeliling mereka.


Kegunaan


Umumnya, peribahasa masih terus digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga hari ini. Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti simpulan bahasa, perbandingan, perumpamaan, pepatah, bidalan, dan kata-kata hikmat. Antara beberapa contoh peribahasa termasuklah “Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga”, “Masa itu emas”, “Ibarat burung, mata lepas badan terkurung”, “Bagai aur dengan tebing”, “Seperti api dalam sekam”, “Seperti anak ayam kehilangan induk”, “Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”, “Bahasa Jiwa Bangsa”, “Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi”, “Ukur baju pada badan sendiri”, dan “Muafakat Membawa Berkat”.


Tujuan


Sesungguhnya tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala. Selain itu, peribahasa berfungsi sebagai pengawal sosial. Hal ini bermaksud masyarakat dahulu kala sering menegur anggotanya dengan cara berkias ibarat melalui peribahasa. Dengan cara demikian, orang yang ditegur tidak mudah tersinggung. Begitulah juga dengan pihak penegur yang lazimnya terdiri daripada orang tua-tua, tidak akan berasa segan untuk berbuat demikian apabila diperlukan. Misalnya, apabila seorang tua yang ingin menegur sikap bebas anak gadisnya akan menggunakan peribahasa yang berbunyi “takkanlah perigi yang mencari timba”. Dalam konteks lain pula, seorang guru akan menasihati anak muridnya yang berasa malu untuk bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasa ini, “malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut”.


Sumber : http://ms.wiktionary.org/wiki/Wiktionary:Peribahasa




Saturday 3 December 2011

Video Pengajaran Bahasa Melayu

Video Pengajaran Bahasa Melayu

Cuti Sekolah

Cuti sekolah telah bermula.Cuti sekolah bermula 21.11.2011 hingga 3.1.2012.Saya merasa sungguh seronok kerana boleh merehatkan badan dan otak. 

Pada cuti ini saya akan bersunat di Hospital Taiping.Saya telah membuat temujanji dengan doktor Hasibudin.Doktor ini berusia 47 tahun.Beliau banyak pengalaman dalam menyunatkan kanak-kanak. 
Pada cuti ini    juga pada pertengahan bulan 12 saya dan keluarga akan melancong ke Kuching, Sarawak. Kami pergi secara rombongan dengan rakan-rakan sekolah saya. Setiap orang dikenakan bayaran sebanyak RM500.00 untuk 3 hari 2 malam. Saya tidak sabar nak pergi ke Sarawak. 

Saya juga semasa cuti sekolah ini tidak    lupa untuk mengulangkaji pelajaran. Saya telah membuat jadual Watusi belajar supaya masa diisi dengan perkara yang berfaedah. Walau cuti saya tetap belajar. 
Pada cuti sekolah juga saya bersama adik saya bernama Elya Hanani Wafda membantu ibu dan ayah saya membuat kerja rumah seperti menyapu sampah, mengemas rumah, membasuh kereta dan memasak. Saya rasa bangga kerana dapat membantu keluarga. 

Saya tidak sabar untuk bersekolah pada tahun 2012 kerana ingin berjumpa dengan guru-guru dan rakan-rakan. Pada cuti sekolah ini kita  hendaklah menjaga keselamatan diri.

Sumber :
http://upsr.net/show.php?n=1096157&nS=17929&t=Cuti_Sekolah_by_Rizq_Fathan_Adha_B_Zaidi_-_SK_Matang_Jelutong.html 


 

Faedah Membaca


Setiap orang mempunyai hobi masing-masing.Saya juga mempunyai hobi yang mungkin remaja zaman sekarang kurang meminati hobi saya ini. Hobi saya membaca buku. Saya suka membaca buku terutamanya tentang buku sains fiksyen atau novel tebal Bahasa Inggeris. 

         Ramai berpendapat bahawa hobi membaca buku ini hanya membazirkan masa dan membosankan tetapi tidak bagi saya. Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat yang tidak benar ini. Membaca buku sangat menyeronokkan dan mengisi masa terluang saya. 

         Membaca buku banyak faedahnya. Antaranya kita dapat mengetahui ejaaan sesuatu perkataan melalui buku yang kita baca. Bukankah ketika menjawab kertas penulisan, ejaan sangat penting? Jadi, apabila kita mengetahui ejaan sesuatu perkataan, ia akan memudahkan kita menjawab kertas penulisan. 

        Seterusnya, hobi membaca buku juga dapat menambah ilmu yang kita ketahui. Ilmu yang kita pelajari sangat terbatas. Tidak ada salahnya kalu kita cuba menambah ilmu yang sedia ada dalam diri kita dengan membeli buku-buku ilmiah dan sejarah. 

        Hobi membaca ini sangat murah dan berpatutan berbanding hobi-hobi lain yang mungkin megeluarkan lebih lagi kepingan-kepingan duit dari dompet ibu bapa atau dompet kita sendiri. Mungkin dalam sebulan kita hanya membeli empat buah buku. Bukankah itu menjimatkan? 

        Harapan saya semoga sikap gemar membaca ini disemai dalam diri setiap masyarakat di Malaysia tidak mengira usia, agama mahupun bangsa. Saya juga berharap agar saya dapat menambah lebih banyak ilmu lagi untuk diri saya.

Nukilan,
-Iman Najlaa-
http://upsr.net/show.php?n=1896&t=Faedah-faedah_membaca_buku_by_Iman_Najlaa.html


 


Sambutan Hari Guru


MERSING, Isnin- Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Mersing telah mengadakan sambutan hari guru yang bertempat di kantin sekolah pada 16 Mei 2010 yang lalu. Seramai 72 orang guru dan 567 orang murid telah terlibat untuk menjayakan sambutan hari guru pada tahun tersebut. Sambutan ini diadakan bagi mengingati jasa guru yang telah banyak berkorban demi melahirkan para pelajar yang bermotivasi tinggi serta berguna untuk masyarakat.

         Majlis yang gilang gemilang itu membuka tirainya seawal jam 8 pagi lagi. Majlis itu dikendalikan oleh para pengawas Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Mersing. Majlis itu dimulakan dengan ketibaan guru-guru. Ketibaan mereka disertakan dengan tepukan yang gemuruh oleh para pelajar sekolah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Saudara Haziq Zulfitri Razali.

         Sambutan Hari Guru bagi tahun 2010 diteruskan lagi dengan ucapan wakil pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Mersing iaitu Saudara Muhammad Fahim Purwandi. Di dalam ucapannya, beliau sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru yang membanting tulang semata-mata mahu menyaksikan anak-anak murid mereka menjadi orang yang berguna pada masa hadapan.Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Mersing, Tuan Haji Abdul Latife Bin Ahmad, di dalam kata-katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana memberikan kerjasama yang baik untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar.

         Selanjutnya, majlis diserikan lagi dengan lakonan yang mencuit hati daripada murid-murid tahun enam. Mereka melakonkan teater yang bertajuk Hari-Hari Di Sekolah. Semestinya gelagat mereka menarik minat murid-murid yang menyaksikan teater tersebut. Selepas selesai pementasan teater daripada pelajar senior, kini giliran pelajar junior pula menunjukkan belang. Murid-murid tahun satu yang comel-comel belaka menyerikan sambutan tersebut dengan persembahan nyanyian.

         Kini, tibalah giliran para guru untuk bersama-sama menyanyikan lagu tema hari guru iaitu 'Kami Guru Malaysia'. Cahaya lampu kamera tidak henti-henti bercahaya sewaktu persembahan tersebut. Setelah persembahan itu tamat,kini giliran saudari Shaherah Binti Abdul Halim mengambil alih pentas sambutan. Beliau mendeklamasikan sajak daripada Usman Awang yang bertajuk 'Guru Oh Guru'.

         Akhir sekali, majlis penutup diserikan lagi dengan majlis penyampaian hadiah para pelajar kepada guru darjah masing-masing. Sambutan hari guru pada tahun itu tamat pada jam 2 petang.



Sumber:
http://upsr.net/show.php?n=884287&nS=12540&t=Berita-Sambutan_Hari_Guru_by_Muhammad_Fahim_Purwandi.html