Cuti sekolah telah bermula.Cuti sekolah bermula 21.11.2011 hingga 3.1.2012.Saya merasa sungguh seronok kerana boleh merehatkan badan dan otak.
Pada cuti ini saya akan bersunat di Hospital Taiping.Saya telah membuat temujanji dengan doktor Hasibudin.Doktor ini berusia 47 tahun.Beliau banyak pengalaman dalam menyunatkan kanak-kanak.
Pada cuti ini saya akan bersunat di Hospital Taiping.Saya telah membuat temujanji dengan doktor Hasibudin.Doktor ini berusia 47 tahun.Beliau banyak pengalaman dalam menyunatkan kanak-kanak.
Pada cuti ini juga pada pertengahan bulan 12 saya dan keluarga akan melancong ke Kuching, Sarawak. Kami pergi secara rombongan dengan rakan-rakan sekolah saya. Setiap orang dikenakan bayaran sebanyak RM500.00 untuk 3 hari 2 malam. Saya tidak sabar nak pergi ke Sarawak.
Saya juga semasa cuti sekolah ini tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran. Saya telah membuat jadual Watusi belajar supaya masa diisi dengan perkara yang berfaedah. Walau cuti saya tetap belajar.
Pada cuti sekolah juga saya bersama adik saya bernama Elya Hanani Wafda membantu ibu dan ayah saya membuat kerja rumah seperti menyapu sampah, mengemas rumah, membasuh kereta dan memasak. Saya rasa bangga kerana dapat membantu keluarga.
Saya tidak sabar untuk bersekolah pada tahun 2012 kerana ingin berjumpa dengan guru-guru dan rakan-rakan. Pada cuti sekolah ini kita hendaklah menjaga keselamatan diri.
Sumber :
http://upsr.net/show.php?n=1096157&nS=17929&t=Cuti_Sekolah_by_Rizq_Fathan_Adha_B_Zaidi_-_SK_Matang_Jelutong.html Faedah Membaca Setiap orang mempunyai hobi masing-masing.Saya juga mempunyai hobi yang mungkin remaja zaman sekarang kurang meminati hobi saya ini. Hobi saya membaca buku. Saya suka membaca buku terutamanya tentang buku sains fiksyen atau novel tebal Bahasa Inggeris. Ramai berpendapat bahawa hobi membaca buku ini hanya membazirkan masa dan membosankan tetapi tidak bagi saya. Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat yang tidak benar ini. Membaca buku sangat menyeronokkan dan mengisi masa terluang saya. Membaca buku banyak faedahnya. Antaranya kita dapat mengetahui ejaaan sesuatu perkataan melalui buku yang kita baca. Bukankah ketika menjawab kertas penulisan, ejaan sangat penting? Jadi, apabila kita mengetahui ejaan sesuatu perkataan, ia akan memudahkan kita menjawab kertas penulisan. Seterusnya, hobi membaca buku juga dapat menambah ilmu yang kita ketahui. Ilmu yang kita pelajari sangat terbatas. Tidak ada salahnya kalu kita cuba menambah ilmu yang sedia ada dalam diri kita dengan membeli buku-buku ilmiah dan sejarah. Hobi membaca ini sangat murah dan berpatutan berbanding hobi-hobi lain yang mungkin megeluarkan lebih lagi kepingan-kepingan duit dari dompet ibu bapa atau dompet kita sendiri. Mungkin dalam sebulan kita hanya membeli empat buah buku. Bukankah itu menjimatkan? Harapan saya semoga sikap gemar membaca ini disemai dalam diri setiap masyarakat di Malaysia tidak mengira usia, agama mahupun bangsa. Saya juga berharap agar saya dapat menambah lebih banyak ilmu lagi untuk diri saya. Nukilan, -Iman Najlaa- http://upsr.net/show.php?n=1896&t=Faedah-faedah_membaca_buku_by_Iman_Najlaa.html
|
No comments:
Post a Comment