Friday 3 July 2015



LATIHAN 1
Suaikan  nilai yang betul bagi ayat di bawah.
Bil
Ayat

Pengajaran
1
Intan selalu mengulang kaji pelajaran setiap malam di dalam bilik

prihatin
2
Masni segera menuju ke arah adiknya yang menjerit kesakitan.

rajin
3
Marisanam yang panik pada mulanya, kembali tenang melihat kecederaan adiknya.

simpati
4
Masliah segera mengambil peti ubat dan membersihkan luka adiknya.

rasional
5
Rosmalina memujuk adiknya yang menangis kerana terpijak kaca.

tanggungjawab
6
Rodziah bangun awal dan bersiap-siap untuk menyertai lawatan.

bekerjasama
7
Cikgu Syahrul memberi taklimat lawatan kepada peserta lawatan di tapak perhimpunan.

Menjaga keselamatan

8
Semua peserta program bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah.

Cekap bertindak
9
Peserta perkhemahan diingatkan agar memegang tali rentang dengan kuat semasa aktiviti meredah sungai.

Menjaga kesihatan
10
Azmer bersarapan bersama-sama ayahnya sebelum ke sekolah.

berdisiplin

 LATIHAN 2
Tulis pengajaran atau nilai ayat di bawah



1.



Kaki Aminah luka akibat terkena kayu yang tajam semasa menuruni bukit.
 NILAI
2.
Para Peserta diminta mematahkan beberapa batang ranting kayu untuk dijadikan penunjuk arah ketika aktiviti meredah hutan.

3.
Azli mengajak zainal memanjat pokok rambutan untuk mengambil buah rambutan yang masak.

4.
Azli mengajak zainal memanjat pokok rambutan walaupun Zainal tidak bersetuju untuk memanjat pokok rambutan itu.

5.
Azli berasa kesal atas perbuatannya dan memohon maaf daripada zainal kerana tidak mendengar nasihat.


LATIHAN 3
Gariskan perkataan atau ayat yang mempunyai nilai
Bil
Ayat
Nilai
1.
Malik membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga semasa menyertai lawatan ke Melaka.

2.
Murid-murid beratur semasa membeli tiket di kaunter untuk masuk ke dalam Zoo Kuala Lumpur.

3.
Peserta perkhemahan begitu kagum melihat keindahan air terjun dan air sungai yang begitu jernih.

4.
Azmi dan keluarganya bersama-sama pergi bercuti ke Pulau Langkawi semasa cuti sekolah yang lepas.

5.
Sang Merbuk yang melihat Sang Semut jatuh ke dalam sungai segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut.

6.
Sang Semut segera mengigit kaki pemburu apabila melihat pemburu itu hendak menembak Sang Merbuk.

7.
Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut kerana telah menyelamatkannya.

8.
Azmir dan Zubir cuba untuk menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang di belakang rumahnya.

No comments:

Post a Comment